Format Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)

Format kelayakan telah diumumkan pada 1 Ogos 2022, setelah dirombak agar sesuai dengan peningkatan peruntukan peringkat akhir bagi lapan kelayakan langsung dan satu kelayakan play-off:[2]

  • Pusingan Pertama:[nota 1] 20 pasukan (kedudukan 27–46) akan bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan secara timbal balik. Sepuluh pemenang mara ke pusingan kedua.
  • Pusingan Kedua:[nota 2] 36 pasukan (mereka yang berada di kedudukan 1–26 dan sepuluh pemenang pusingan pertama) akan dibahagikan kepada sembilan kumpulan empat pasukan untuk bermain perlawanan di tempat sendiri dan di tempat lawan dalam kumpulan masing-masing. Sembilan juara kumpulan dan naib juara kumpulan mara ke pusingan ketiga dan secara automatik layak ke Piala Asia AFC.
  • Pusingan Ketiga:[nota 3] 18 pasukan yang mara dari pusingan kedua dibahagikan kepada tiga kumpulan enam pasukan. Pasukan akan bermain menentang satu sama lain di tempat sendiri dan di tempat lawan dalam kumpulan masing-masing. Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak terus ke Piala Dunia FIFA, pasukan tempat ketiga dan keempat mara ke pusingan keempat.
  • Pusingan Keempat:[nota 4] Enam pasukan tempat ketiga dan keempat dari pusingan ketiga dibahagikan kepada dua kumpulan dengan tiga pasukan setiap satu. Pasukan akan bermain menentang satu sama lain sekali di gelanggang neutral. Juara setiap kumpulan layak ke Piala Dunia, dan naib juara setiap kumpulan mara ke pusingan kelima.
  • Pusingan Kelima:[nota 4] Naib juara kumpulan pusingan keempat akan bersaing dalam perlawanan play-off secara timbal balik untuk menentukan perwakilan Asia pada play-off antara konfederasi.[3]

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC) https://web.archive.org/web/20170110231324/http://... https://www.fifa.com/about-fifa/news/y=2017/m=1/ne... https://www.the-afc.com/en/national/fifa_world_cup... https://www.fifa.com/fifaplus/en/tournaments/mens/... https://www.fifa.com/tournaments/mens/worldcup https://www.the-afc.com/en/national/fifa_world_cup https://www.the-afc.com/en/national/fifa_world_cup... https://www.the-afc.com/en/more/afc_competitions/n... https://web.archive.org/web/20230522064114/https:/... https://assets.the-afc.com/downloads/calendars/AFC...